Wednesday, May 7, 2014

PROGRAM SIRI BICARA PROFESSIONAL TUN MAHATHIR


Mood nak kerja jadi hilang bila dapat tahu yang Tun Mahathir nak turun UiTM Shah Alam... I am soooo going~ tapi cam takde harapan je sebab tgah praktikal... Tetiba dengar staff kat IBE borak2 cakap semua staff WAJIBUNN pergi... HOOREYY~

Honestly, this is my second time meeting our most respectable ex-PM... Dulu I kat dungun Tun datang sekarang I kat Shah Alam pun Tun datang... hihi Tun follow saye ehh..?? *sangat perasan disitu ++ nonsense!

Apa-apa pun this program is organized and sponsored by ALUMNI UiTM, untuk tujuan perasmian PORTAL RASMI ALUMNI UiTM yang akan memuatkan perkembangan bekas graduan UiTM yang bergiat aktif sebagai ALUMNI. Especially yang berjaya and banyak menyumbang kat UiTM lah ye...hihi
JOM JOIN~!

Throughout this program, I didn't even bring my DiCa, So I decided to be a reporter... nyeehehehhh guess what..?? ABC cekodok basi.. I wrote the report for the event, huh tak sangka kan~!  dan inilah LAPORAN short-handed SAYA :

p/s: Sila abaikan tiada jalan penceritaan... #sychronization opso x_x



  • UiTM begin in 1964 start with MARA College 1968, ITM remain, and on 1999 change to UiTM. Now UiTM complete with 80 thousand academician and staff.  
  • Program ini ditayangkan live melalui telecast ke seluruh kampus cawangan. Presiden Alumni - Dato Zaini Hasan.
  • 1/2 abad UiTM kukuh berkhidmat untuk negara, lebih dari setengah juta graduan.  "UiTM lambang harga diri maruah bangsa"- Tan Sri Dato Sri Prof Dr. Sahol
  • Tun "saya minat bekerja, kalau tak saya sakit, sebab tu saya kerja siang malam".  Selagi celik mata saya akan cari kerja.
  • "Saya baru balik dari London 2 hari tapi terkejut terus ada masalah MH370"
  • Tun duduk daripada zaman penjajah British, Jepun, Thailand, dan kembali pada British semula. Kita melayu sentiasa ada di bawah sbb tu saya wujudkan wawasan 2020
  • Kita perlu perbaiki bidang-bidang research and development industry.  Sebab kita rakyat Malaysia selalu mudah terikut dengan budaya barat "Equality/Kebebasan"
  • When the freedom intrude the life of others then, we should stop it.  Kita perlu belajar menilai dn buat spekulasi sendiri bukan bergantung pada barat.  Amalkan budaya kita kerna ia lebih badik dari budaya barat.
  • Barat menguasai communication device and they use it all the time.  Tapi bukan Malaysia, kita terleka dalam penggunaann the technology.
  • Seseorang perlu menguasi lebih dari 1 bahasa untuk berbincang, and communication with others.  Science and Math dulu dalam bahasa Inggeris tapi di tentang oleh nasionalis2...
  • Contoh pada zaman nabi, orang luar belajar bahasa arab.  Saya cari juga orang Melayu yang maju dalam perniagaan tanpa berbahasa Inggeris, tapi setakat ini tak ada lagi.
  • Nilai hidup yang dipegang cthnya: pentingnya bekerja kuat, or Bangsa Jepun sifat malunya cukup kuat tapi rakyat Malaysia masuk jail pun masih gelak -gelak.
  • Kita orang Melayu mempunyai potensi yang sangat tinggi seumur hidup jika kita ingin mencapai kemajuan, adalah sangat penting.  Peluang sentiasa ada di Malaysia tapi minat dan kehendk rakyat/ remaja Melayu masih samar-samar.  Kita ikut aliran masa.  Zaman ini semua mesti masuk universiti tak kira kursus apa yang kita suka atau tidak.
  • Cara British lain, mereka beri pendedahan melalui pengalaman.  Kita perlu buat perbandingan tentang education di peringkat international to improve our system.  Education system di Malaysia mestilah memberi penekanan kepada asas sesuatu kerjaya yang bakal dilakukan.
  • Kebanyakan anak-anak Melayu yang pergi ke sekolah Cina lebih serius dalam pembelajaran.
  • Bagi pelajar di kelas bawah sepatutnya diberikan guru yang lebih cekap supaya dapat membentuk karakter anak-anak dengan lebih baik diperingkat awal.  Pembentukan peribadi yang mulia berperanan di rumah pada usia kecil lagi, tetapi jik parents berkerjaya, sekolah atau pendidikan formal adalah sebagai pengganti.
  • Bila ekonomi setaraf antara bangsa Melayu, Cina dan India.. barulah ketakutan bangsa yang menguasai percent terendah akan berkurangan.
  • Budaya kita tidak sesuai dengan peluang yang ada.  Masa untuk berdebat sudah habis.  Tumpuan harus diberikan kepada solution untuk menaiktaraf contohnya nilai budaya dan bahasa .  Tetapi kita tidak habis-habis fokus kepada politik.  Masing-masing nak jadik PERDANA MENTERI belaka.

  • "Ketuanan Melayu" - Kalau nak jadi Tuan kenalah jadi orang yang berjaya.
  • Perjuangan UMNO dahulu terbina atas dasar kemiskinan, tekanan, dan bersatu demi bangsa.  Berbeza dengan UMNO sekarang yang terlalu senang, tiada tekanan, kaya dan membeli populariti.
  • Bila jadi pemimpin dapatlah NAMA, KONTRAK, semuanya tertumpu kepada kepentingan peribadi...APA SAYA DAPAT?? bukan berfikir tentang bangsa, parti, rakyat, dan negara.  UMNO perlu diperbaiki supaya kembali kepada tujuan asal perjuangan iaitu berjuang untuk rakyat, agama, bangsa, dan parti bukan untuk individu.
  • Pada satu masa anak yang kecil itu akan jadi pemimpin negara, kenalkan sejarah semasa zaman penjajahan, dan perjuangan mereka, pengetahuan asal usul, dan bahaya yang bakal dihadapi jika tiada persiapan yang mantap.
  • "Hilang bahasa, hilang bangsa".  Orang Melayu kurang bijak, terdahulu politik di Malaysia kita kuasai kerana kita majoriti. Contoh seperti di Amerika Syarikat - orang yahudi sebanyak 10 juta tetapi dapat kuasai 360 juta yang lain kerana mereka tahu gunakan kecekapan kuasa.
  • Pada 1994, Tun Mahathir menang undi sebanyak 9420 dan sebanyak 3000 pergi kepada pembangkang. So, Tun kalah pada pilihan raya itu.
  • Untuk mempengaruhi orang kita perlu kuasai komunikasi yang bagus, bukan bergantung kepada populariti.
  • "Bidding fall" takut orang lain jadi PM, hanya sebab itu rakyat undi kerajaan.
  • Kalau satu-satu kerja sedang berjalan dengan baik, kita jangan pergi betulkan. 
  • "Saya tak pandai nak pilih orang, konon-kononnya Mr Clean tapi dalam diam dok Dirty jugak"  Memang akan ada bermacam-macam pandangan sebelum pemilihan dibuat, tetapi nak tapis untuk dapatkan yang betul-betul terbaik sangat susah.  "Saya tak tahu nak simpan dendam, dan saya suka ambil kir pendapat ramai, tetapi saya juga manusia biasa tidak sunyi dari membuat kesilapan"
  • Dahulu Raja dapat kuasa mutlak sebagai kepala pemerintah.  Kesilapan mereka apabila menyerahkan Malaysia kepada British, mereka tidak utamakan rakyat dan negara
  • Constitutional Movard = kuala diberian kepada orang yang dipilih rakyat sebagai pemimpin.  Tetapi sikap orang Melayu susah untuk dikikis, bila diberi layanan yang keterlaluan kepada pemimpin, nanti mereka akan lupe daratan, dan menyebabkan sokongan akan berkurangan.  Kita harus berjaga-jaga.  Pertingkatkan kematangan kita dalam bidang politik, jika tidak kita akan hilang kedudukan.  " jangan sampai kita jadi kuli dalam negara kita sendiri"
  • Tun melawak, kepada orang yang beri beberapa soalan pada Tuan, Saya orang Melayu dan saya juga PELUPA...biar saya jawab 1 per satu dahulu.
  • "Hydrat Politik". Sewaktu saya muda, saya ingin jadi ahli politik, saya perlu dipercayai oleh orang ramai (waktu sekolah).  Bila saya beri pendapat tentang Malayan Union, mereka tidak terima pandangan saya.  Jadi, saya tekad untuk menjadi orang yang berilmu dengan belajar di Universiti supaya dapat meyakinkan orang lain.  Kita harus ambil berat tentang status dan pandangan orang lain.
  • Semasa kita di Universiti, kita harus ada perbincangan tentang politik, tetapi bukan dengan tindakan, cuma sekadar berbincang tentang isu-isu politik.
  • Islam bukan agama yang keras, berpeganglah kepada Al-quran dan As-sunnah, Kalau kita betul-betul ikut dan faham al-quran kita pasti akan berjaya.
  • Iqra=baca=menuntut ilmu = wahyu pertama untuk berjaya.
  • Saya hidup di zaman penjajah, saya tahu bagaimana hinanya apabila dijajah, matlamat 2020 adalah supaya kita dihormati oleh seluruh dunia.
  • Multimedia Super Corridor masih lagi berjalan walaupun perlahan, tetapi matlamat 2020 pasti akan tercapai.
  • Generasi Melayu malas dan kurang critical thinking skills
  • Manusia mana pun berfikir, bezanya ilmu.  Jadi perlu banyak membaca untuk kaut ilmu, dimasukkan ke dalam pemikiran kita sehingga menjadi "tabiat".
  • Sains sentiasa berubah, ilmu bertambah sepanjang masa.  English sangat penting, untuk access more information and latest research.
  • Walaupun terdapat banyak buku didalam Bahasa Melayu tetapi, Bahasa Inggeris lebih banyak.
  • Jika ingin diiktiraf, pelajar UiTM perlu tanamkan tujuan utama belajar adalah untuk mengusai ilmu setinggi yang mungkin.  Bila kita grad, kita perlu capai yang tertinggi yang mungkin sehingga bolah dapat nobel lauren award.  Waktu itu, UiTM akan diiktiraf dimata dunia.
  • Bumiputera dapat percent kekayaan di Malaysia secara automatik, tetapi yang bukan Bumiputera berusaha keras untuk capai 30 % kekayaan dari 1970.  Jika bangsa Melayu ingin bangun, perlu sedar bahawa kita kejar sesuatu yang bukan statik, ekonomi sentiasa berkembang lebih cepat dari yang kita kejar.  Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk Bumiputera menguasai ekonomi.


That's ALL... hope dapat lagi bersua and dengar nasihat yang sangat bermanfaat bagi golongan MUDA MUDI MELETOP macam sayE dari Tun Mahathir merangkap #Penasihat Negara, #Negarawan 
#Bapa Pembangunan #tokoh hebat #che det #Bekas PM
#MALAYSIA <3








No comments:

Post a Comment